[VIDEO] Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Laporan Sinar Harian mengenai gempa bumi berskala 6.2 yang berlaku di Pekan Baru, Indonesia pagi tadi.
Laporan Sinar Harian mengenai gempa bumi berskala 6.2 yang berlaku di Pekan Baru, Indonesia pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berskala 6.1 yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, kejadian yang berlaku pada jam 9.39 pagi itu dirasai di Barat Semenanjung negara serta beberapa negeri lain.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Semenanjung Malaysia terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya dalam laman Facebook pada Jumaat.

Sementara itu Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter mengesahkan gempa berlaku pada pukul pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Artikel Berkaitan: